Friday, August 7, 2009
Pejam,celik,pejam,celik (ada yang dah terpejam terus) dah nak masuk bulan Ramadhan dah pun. Umat manusia pun menjadi sibuk.Sibuk cari baju raya (waktu posa xlarat nak berjalan membeli belah), sibuk plan nak balik raya kat mana, sibuk tempah kuih raya, sibuk beli cornflakes untuk buat biskut raya, sibuk cari alasan tak mahu puasa dan lain-lain. Hakikatnya manusia ada pelbagai alasan untuk kesibukan yang mereka akan lalui. Selama itu dan bersama-sama alasan itulah kehadiran bulan Ramadhan tidak begitu dirasai oleh sesetengah pihak. Perlu diketahui bahawa kehadiran Bulan Ramadhan ini adalah satu peluang yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang asyik sangat leka dan lalai. Peluang ini seharusnya diguna pakai sebaiknya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Anggap bulan Mulia yang akan menjelma tak lama lagi ini sebagai medan tarbiah terbaik untuk melatih hati-hati kita untuk menempuh bulan-bulan yang mendatang. Bagi yang kurang senang dengan kehadiran RAmadhan, pujuk-pujuklah hati kita untuk menerima bulan mulia ini dengan sebaik mungkin. Jangan dibenci Bulan Mulia ini kerana banyak terdapat ganjaran berupa pahala,pengampunan dosa bagi mereka yang ingin kembali ke jalan Allah…Selamt Berpuasa!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment