Wednesday, April 29, 2009

FILEM BOHSIA..SARAT DENGAN MESEJ???

Aku terpanggil untuk mengulas serba sedikit tentang sebuah filem ni yang diberi nama BOHSIA-JANGAN PILIH JALAN HITAM(aku tak tengok lagi pun dan tak akan tengok)
Filem ini aku difahamkan yang dibuat atas dasar untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada orang awam umumnya dan kepada golongan remaja khususnya.Niat yang murni sebelum pembikinan filem ini sama-sama kita doa moga diberi ganjaran yang sewajarnya. Namun hakikat sebenarnya, filem ini penuh dengan tauladan yang tidak baik dan secara pendapat peribadi, filem ini tidak mampu memberi kesan kepada golongan-golongan tertentu bahkan mereka ini yang aksi dan lagak mereka yang diadaptasi kedalam filem ini hanya menimbulkan kebanggaan golongan-golongan bongok ini(nak start dah...) Beberapa minggu sebelum filem ini ditayangkan,aku diajak oleh seorang teman untuk menonton filem ini dan bila ditanya mengapa,jawapan mudah dan bongok diberikan.."hang tak tengok iklan ka??awek segak2 bai...jom r..dok layan2.."
Pening kepala aku..kemudian,selepas beberapa hari ditayangkan,reaksi serupa turut di berikan..Di mana dan bagaimana filem ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat awam skiranya filem ini dicipta atas tapak yang sudah bertentangan dengan syarak??Pelakon wanita didalam filem ini dilihat terlampau murah(tengok melalui iklan ja)kerana sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk mengejar glamour.Teringat aku akan kata-kata seorang pensyarah undang-undang.."perempuan ni nak kata mereka ni terlampau murah sangat sampaikan iklan promosi kereta pun dijadikan model-model ghairah..Nak kata mereka ni yang melopori industri baiki kereta(mekanik)tak juga.Orang laki yang ramai buat kerja-kerja tu.." Kepada penggiat seni tanah air,ingat satu perkara..Jangan sampai adegan tak baik kamu di tiru golongan tertentu..Dapat dosa ja....

1 comment:

muhammad syafiq said...

salam, 1st..
da lawo blog hg..hehe

isu tgk ke x tgk..??

ak rse bek tgk la kn..
anggap filem sbg medium smpy kn msg..
dlu ak pn x taw corak hidup mat rempit..
lps tgk muvie baru taw peranan minah rempit dan budaya2 yg seumpamanya..

sutradara2 filem memainkn peranan penting dlm mendidik minda masyrakat..

di akhir filem rempit diselitkn msg

"hargai nyawa"

weyh..

seorang pensyarah undang-undang tu ak knl..hehe

dy ngajor kt UDM oo skang :)