Monday, February 22, 2010

11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi

-haluan palestin-



Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul.
Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.

Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)

Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.

Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.

Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)

Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)

Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)

Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Surah al-A’raf: 150)

Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).

Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili.

Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak.

INTI PATI
Bukti kekejaman Yahudi

1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci.

2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.

3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka.

Thursday, February 11, 2010

KASIH SANG BURUNG

-ihsan dari zul4kulim.blogspot.com-



seekor burung betina cedera...


burung jantan datang menghulurkan makanan..


'akhirnya kau pergi jua'


burung betina meratap pemergian temannya si burung betina


burung jantan meminta supaya si burung betina bangun...


gudbye my sweetheart....

Friday, January 22, 2010

dosa-maksiat-kematian-azab neraka







tersentak aku melihat gambar-gambar kat atas..neraka dunia..kepada aku dan semua, sama2lah mengingati azab neraka Allah..jangan rasa kita banyak buat pahala sebab hakikatnya kita lebih banyak buat dosa berbanding pahala..sentiasa muhasabah diri..apa yang kita ada untuk dipersembahkan kepada Allah nanti..INGAT DOSA..INGAT NERAKA..DAHSYAT SEKSAAN DI SANA....

PRO MAHASISWA JUGA KUASAI MPP KUIS – malaysiakini


Kumpulan Pro-Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pilihan raya kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) Selangor.

Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.

Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Kuis Syukri Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.

“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

MENANG



Jika ditanya pada aku, tempat aku mengaji ni adaka istilah2 PRO-M dengan PRO-ASPIRASI ni? aku akan jawab, ya, ada..walaupun sebelum ni tiada tapi sekarang sudah ada..Makin ramai yang sudah sedar makna perjuangan dan membela nasib mahasiswa..Tahniah mereka-mereka yang menggelar dirri mereka golongan PRO-M yang telah menang pilihanraya di tempat aku ni..Biar apa orang kata..biar apa cacian yang diterima..Teruskan usaha untuk membela..Kamu layak mengguna title Pro-m itu setelah apa yang sudah kamu lakukan..Kamu layak untuk berjuang..kamu layak untuk membela..Nasihat aku, apa saja tindakan yang mungkin akan kalian lakukan, jangan membelakangkan prinsip Islam..Jangan mudah terpengaruh..Jangan mudah 'dibeli'..Kami menyokong perjuangan kalian!!

Monday, January 11, 2010

HEROIN MALAYSIA!!





Auntie ros...dah jadi heroin...heboh cerita dia selamatkan student Malaysia kat luaq negara..pergh...bukan senang seyh...habes dijaja cerita dia..semua orang kena jadi macam dia..haha..tolong olang..hahaha..heroin..hahaha..pengarah filem malaysia, jangan lupa amek auntie ros jadi pelakon..dia dah ada jiwa heroin..tak payah arah banyak..dia dah tau nak kena buat apa..hahaha

Thursday, December 31, 2009

TO EL-BENJO EL-TELE- THE SPIRIT OF NINJA



Untuk insan yang sedang berdepan dengan ujian..
Untuk insan yang tak pernah kenal erti putus asa..
Untuk insan yang berasa tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki..
untuk insan yang berjuang untuk kepentingan umum..
untuk insan yang sedang cuba berbakti..
Untuk insan yang sedang menjadi seseorang..
untuk insan yang sedang berlawan dengan 10 orang yang lain..
Untuk insan yang akan menyingkirkan 10 orang itu dengan Spirit of ninja..
untuk insan yang yang akan menjadi orang yang terakhir..Juara..Juara Keseluruhan..

Ketahuilah, teman-temanmu sedang memberi sokongan tanpa engkau ketahui..Jika niatmu itu niat untuk mencari redha sang pencipta, engkau turut akan disokong oleh tuhan penciptamu..jangan kau gentar..jangan kau bimbang..betulkan niat untuk berjuang..pasti engkau akan dibantu..engkau tidak bersendirian..kami bersama engkau..banggakan kami dengan kejayaan engkau..Namun jika engkau tewas, biar tewas bermaruah..biar tewas selepas engkau sudah melakukan yang terbaik...Pergilah dengan jiwa pejuang..Go!!