Thursday, July 10, 2008

DIARI 90708-AKU, LAUT DAN BEBOLA IKAN


Hari ini , sekali lagi aku berada di tepi laut berdekatan dengan sebuah pusat membeli belah yang agak terkemuka di negeri kelahiran aku.Setibanya aku di sana, aku singgah sebentar di sebuah gerai untuk membeli juadah ringan seperti bebola ikan,ketam dan sebagainya dan kemudian aku memilih tempat yang sesuai untuk menikmati juadah dan melihat salah satu kebesaran Allah yang kadang kala boleh menenangkan hati yang gundah gulana..Sengaja aku memilih untuk berada di sini kerana berdasarkan pengalaman yang lepas,aku berasa gembira dan lebih bermotivasi setelah pulang ke rumah.Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan janji aku kepada Sang Pencipta..JANJI UNTUK BERUBAH..Janji yang aku rasa aku nukilkan sewaktu aku berada disini juga dulu..Janji yang tidak dapat aku tunaikan..Tiba-tiba aku menjadi malu kepada tuhan yang menciptakan aku.Payah sungguh aku rasakan untuk beristiqomah..Hampir saja aku menitiskan air mata mengenangkan kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan..Itulah aku..hanyut , insaf dan hanyut semula..YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK BERISTIQOMAH DALAM BERIBADAH KEPADA-MU.PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN NIKMAT-MU.REDHOKANLAH KEHIDUPAN KU YA ALLAH..-bersambung-

Wednesday, July 9, 2008

Sunday, July 6, 2008

Krtikan kepada segelintir pendakwah(TABLIGH)

Seorang pensyarah pernah bercerita bahawa di kawasan tempat tinggal beliau sering didatangi oleh sekumpulan 'tabligh' pada waktu pagi. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa golongan suri rumah yang rata-rata suami keluar bekerja pada waktu itu. Di mana letaknya 'hikmah' dalam berdakwah??apa yang kamu faham wahai tabligh-tabligh tentang adab??Ini baru satu isu...Isu seterusnya, zuhud tak bertempat.soal zuhud sila buka majalah al-islam edisi jun 2008 kerana banyak disentuh soal zuhud di situ. mungkin minda zuhud yang dibawa oleh segelitir 'tabligh' ini hanya tertumpu kepada kesederhanaan dari aspek pemakaian sehingga kadang-kadang boleh membawa fitnah kepada agama.."nak berdakwah kt org tapi diri pun tak terurus...." kadang-kadang ada yang sampai mengorbankan tanggumgjawab sebagai seorang suami dan ayah apabila tabligh yang mempunyai status ayah dan suami terpaksa keluar berdakwah untuk tempoh yang lama..tabligh dan takbalik..namun tidak semua tabligh yang berdepan semua permasalahan di atas..yang ikut dan melibatkan diri dalam dunia tabligh ini dan masih menjaga suasana dan keadaan, tahniah!! tolong tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain agar usaha anda tidak dipersoalkan kelak..

POLITIK DALAM MASJID-apa masalahnya??(sekadar pandangan)

beberapa pertubuhan NGO telah menyerahkan memorendum kepada seorang sultan berkenaan bantahan atau lebih mudah, TAK PUAS HATI dengan sikap segelintir rakyat yang mempergunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.Tindakan yang dilakukan itu menunjukkan masih ada msyarakat yang gersang dari sudut pemikiran dan bersikap 'narrow minded' dalam menilai keberkesanan dan boleh dianggap sebagai konspirasi untuk memburukkan sesetengah pihak. Pada pandangan saya ,POLITIK, ISLAM DAN MASJID tidak dapat dipisahkan. Perkembangan Islam itu sendiri sebahagiannya berkembang melalui politik dan pada zaman Rasulullah, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk bersolat semata-semata malah masjid dijadikan tempat untuk pelbagai aktiviti lain termasuk berpolitik. Tiada Putrajaya pada zaman baginda Rasulullah, tiada dewan parlimen pada zaman Rasulullah. Jadi pada waktu itu masjid dilihat sebagai satu tempat yang sesuai untuk berpolitik dan hasilnya , islam berkembang keseluruh pelusuk dunia dan pernah membentuk sebuah kerajaan yang disegani dan digeruni. Justeru , ubah cara berfikir dan sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain.

Wednesday, June 25, 2008

AUKU dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia

Menurut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia ada dinyatakan tentang kebebasan untuk berpersatuan didalam artikel 10(c)..Dinyatakan juga di dalam sebuah akta yang menjadi agak kontroversi yang menjadi punca mahasiswa menjadi lemah dan kurang aktif, iaitu AUKU(akta universiti dan kolej universiti)..Antara peruntukan yang mengekang sedikit sebanyak pergerakan mahasiswa adalah melalui seksyen 15 (1)(2)(3)(4). Namun harus dipersoalkan sejauh mana akta kecil ini mampu untuk menandingi peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia?Peruntukan auku berkenaan bercanggah dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan..Perlu diingat di sini bahawa Malaysia mengamalkan prinsip ketertinggian perlembagaan.Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dan tidak sah! Tidak keterlaluan sekiranya AUKU dikatakan sebagai akta zalim dan menindas..Sudah tiba masanya akta ini diberi nafas baru atau dimansuhkan terus dari digunakan terhadap mahasiswa..

Friday, June 13, 2008

Sejauh mana pendekatan dakwah hari ini mempengaruhi remaja?

Sering kali kita melihat telatah-telatah anak muda remaja dalam negara yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan amat membimbangkan. Mana mungkin mereka ini mampu untuk menjadi pewaris kepimpinan dalam negara suatu hari nanti jika mereka terus dengan keadaan 'bahagia' mereka. Cuba bayangkan, keadaan di Parlimen sekiranya pemimpin-pemimpin masa depan yang akan dipilih terlibat dengan gejala dadah, rempit dan sebagainya. silap hari bulan, sidang Parlimen akan bertukar menjadi tempat untuk memuaskan nafsu gian masing-masing. Dalam hal ini, keberkesanan pendekatan dakwah dan tarbiyah kepada remaja harus dipersoalkan. Adakah dakwah, tarbiyyah, pengajaran yang disampaikan tepat, betul dan berhikmah? Ingat! Mereka-mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral ini merasakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul kerana kurangnya ilmu berkaitan halal dan haram dalam kehidupan.. Pengalaman duduk di majlis-majlis ilmu(ceramah agama) membuktikan kepincangan wujud dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja yang bermasalah. Kebanyakan hadirin yang hadir adalah terdiri daripada golongan-golongan veteran dan agak berusia sahaja. Kalaupun ada anak-anak muda yang hadir ,bilangan mereka adalah amat sedikit dan kebanyakan dari mereka mempunyai latar belakang agama yang agak 'OK'. Dalam hal ini, di mana mat-mat ganja?Di mana mat-mat rempit? Golongan-golongan seperti inilah yang harus berada dalam majlis-majlis seperti ini untuk menyedarkan mereka tentang permasalahan hidup mereka yang perlu diperbetulkan. Dalam era yang serba moden ini, masyarakat remaja yang bemasalah memerlukan sesuatu yang baru dan kontemporari untuk kesedaran mereka. 'REFORMASI' dalam pendekatan dakwah kepada mereka perlu diteliti dan diperhalusi dengan secepat mungkin agar mereka tidak tersimpang terlalu jauh. Penceramah-penceramah perlu memikirkan langkah-langkah yang relevan dalam usaha mereka untuk menarik minat remaja yang bermasalah ini..

Tuesday, June 3, 2008

'Selamat dikebumikan' tak semestinya selamat dalam kubur..

"Baguslah, Allayarham dah selamat dikebumikan...."
Kita sering dengar ayat seperti di atas apabila menyentuh soal kematian samada daripada golongan atasan sehinggalah ke golongan bawahan..Tapi sedarkah kita , setelah selesai sahaja urusan pengkebumian, si mati bakal berhadapan dengan satu lagi ujian getir yang bakal ditempuhi yang menentukan nasib seseorang di alam kubur sama ada aman atau sebaliknya.. Penulis amat yakin bahawa kita sering dipertontonkan dengan filem-filem berunsur teladan yang mana sesuatu watak yang misalnya melakukan dosa di ats muka bumi maka watak itu akan menghadapi kesukaran sewaktu matinya(kesukaran sewaktu dikebumikan dan sebagainya).. Dalam dunia realiti, mungkin jarang perkara-perkara seperti itu berlaku namun itu tidak menjanjikan apa-apa dan bukan sebagai jaminan untuk selamat daripada ujian di dalam kubur.. Namun InsyaAllah, segala ujian itu dapat dilalui denagan 'lancar' sekiranya kita sewaktu hidup ini mempunyai bekal yang mencukupi untuk dibawa bersama ke dalam kubur. Bukan bekalan berupa harta benda, tetapi amal-amal kebaikan yang kita lakukan di bumi Allah ini. Nasihat penulis , muhasabahlah diri setiap masa . Renungkan berapa banyak amal yang kita lakukan dan apa bekalan yang akan kita bawa sekiranya kita ditakdirkan untuk mati pada saat ini..Syurga ? Neraka? Pilihan di tangan anda...